Tahukah anda, beberapa hari je lagi kita ni akan hidup dalam tahun 2014? Tentu lah engkorang dah tahu, #2014wish pun dah trending dekat Twitthor. Moga-moga umur kita panjang. Aamiin.
Minggu ni aku lepak lama dekat kampung. Sedara mara semua ada. Tenang aku rasa. Sisa-sisa belasan tahun aku dihabiskan dengan masuk dusun durian, mengimbau kenangan lama dengan sepupu sepapat, berebut bilik air time maghrib, dan banyak lagi. Perhati pakwe yang membeso sama-sama tu normal. Daripada kecik ko jarang jumpa, sebab ko dengan dia sedara jauh. Tapi makin bertambah tahun, lama tak jumpa. Sekali jumpa, mesti makin handsome. Makin lawa. Mesti, mesti.
Pada petang yang hening, aku duduk lepak dengan sepupu. Sambil makan pulasan sekilo 6 ringgit, wechat dengan pakwe, kami borak pasal 2014. Cepat betul masa terbang kata omputih. Rasa macam baru je aku ajak dia ponteng puasa makan Apollo dalam bilik air, macam baru je aku ajar dia mengembangkan bakat dengan cucuh bunga api dekat bunga-bunga tepi rumah, baling mercun atas rumah, tidur lambak sama-sama dan mandi tanpa seutas benang di badan sama-sama. Untung siapa jadi sepupu aku, aku lah sepupu yang berwawasan suatu ketika dahulu. Borak punya borak, kami kehabisan ayat.
Senyap.
"Syuhada, dah nak 20 tahun awak hidup ni, umur berapa yang awak rasa paling best?"
Hawau. Cukup bernasib baik masa tu aku dah berhenti makan pulasan. Aku tergelak, kemudian diam. Dengan rasa bingung, aku jawab "Umur 12 nak ke 13." Sebab masa tu ko tak fikir apa. Ko tak fikir kenapa ko asyik kena tinggal dengan orang yang ko sayang, ko tak fikir baju apa nak pakai pergi kelas esok, ko tak payah hadap kawan-kawan yang pelbagai ragam, ko tak fikir cara nak jimat duit, ko tak perlu hadap kuliah 8jam yang paling bosan dalam hidup semata-mata untuk dapatkan lesen kereta, ko tak kenal apa erti 'submit assignment', dan ko tak perlu pergi bank, pejabat-pejabat kerajaan dengan sendiri untuk buat urusan. Banyak lagi. Ko hanya fikir nak masuk sekolah mana dan sekolah mana paling ramai pakwe handsome, ko hanya duduk rumah tengok Hannah Montana, pukul 10 dah masuk tidur, bangun pagi sarapan dah sedia, petang-petang terpacak depan tv tengok Catdog, dan menghitung hari untuk masuk tingkatan 1. Benda paling dewasa ko buat masa tu pun, tengok sinetron Indon.
2013 memang perit. Banyak parut aku dapat. Tapi bak kata sorang pengetuit tegar ni, "Tahun 2013 ni okay je. Korang tu yang teruk". Pap. Yang ni tepat kena pada muka sendiri. Betul jugek.
Apa-apa pun, sepupu aku memang power. Baru 17 tahun bernafas, tapi soalan yang dia tujukan ke aku lebih susah daripada soalan paper 3 chemistry zaman aku sekolah dulu. Kalau engkorang pula, umur berapa engkorang rasa paling best sepanjang engkorang membesar ni?
No comments:
Post a Comment