Sunday, December 29, 2013

Membesar Part 2

“Bagi kau,umur berapa kau rasa paling power dalam hidup kau?”

Fuh.Berpeluh juga aku nak jawab soalan ni.Bila aku fikir balik,sepanjang hidup aku semua hebat setakat ni.Umur 2-3 tahun aku tengah taksub WWF.Memang power masa ni.Aku siap kena “Stone Cold Stunner” lagi dengan abang aku.Berkecai jugalah leher aku masa tu.Paling power,aku kena finishing “Dudley Boys” dengan abang aku sama Sheri.Berdarah kening aku.Mengamuk mak aku sampai bakar semua cd-cd wrestling aku.Down jugalah aku masa tu.Tak dapat tengok Chyna.Aku siap potong kertas A4 nak buat tali pinggang wrestling dengan Uki.Dekat tali pinggang tu tulis besar besar “World Wrestling Federation”.Kenangan,kenangan.

Umur 5-6 tahun,aku masuk tadika.Belajar huruf “A”,”B”,”C”.Kalau takda umur 5-6 tahun dalam hidup aku,tak pandai membaca aku sekarang.Umur 7 tahun,aku darjah 1.Pengenalan kepada sekolah rendah.Darjah 1-6 aku sekolah dekat Sekolah Kebanggsaan Bandar Jerantut.Sekolah ni memang hebat.Cikgu Matematik dia boleh main baling pemadam papan hitam dekat kepala kau kalau kau buat hal.Masa sekolah rendahlah aku kenal erti pistol cicak.Kumpul duit,beli pistol cicak,bawa pistol pergi sekolah,berperang satu sekolah.Makcik kantin yang buat Mee Goreng Basah tak sedap pun kitaorang tembak.Memang power.Darjah 5 aku pernah kena pukul dengan budak darjah 6.Power tak power gua buat hal dengan senior?

Kalau takde umur 10 tahun,aku tak kenal erti merokok tu apa.Kali pertama aku beli rokok batang masa darjah 4.Aku bukan jahat,aku nakal.Jenis nakal makwe suka takpa.Aku dengan tenang beli Surya masa tu.Gembira sangat dekat bibir rasa manis masa hisap Surya.Kah ka
h kah.Umur 12 tahun,aku upsr.Dapat 4A1B.Abah aku terus bagi aku lesen bawa motosikal.Tak payah aku bawa motosikal curi curi lagi.

Masuk umur 13 tahun,aku masuk sekolah menengah.Masuk sekolah menengah,aku dah matang.Aku matang sebab aku sekolah sekali dengan mak aku.Sebab tu je,sebab tu je.Zaman sekolah menengahlah aku belajar tentang kawan-kawan.Susah senang bersama.Tolong menolong amalan mulia.Zaman sekolah menengahlah kau dapat pukul junior sebab kantoi hisap rokok depan kau.Zaman sekolah menengahlah kau belajar jual nasi lemak secara rahsia tengah tengah malam dekat asrama.Zaman sekolah menengahlah kau dapat belajar macam mana kau nak seludup rokok masuk ke sekolah.Zaman sekolah menengahlah kau tulis perkataan “crew” dekat belakang baju kelas.Mana yang konon konon kreatif,dia buat baju kelas macam jersi bola sepak.Ada nombor,ada nama,ada nama kelas.Yang mana guna t-shirt kolar,mesti ada perkataan “crew”.Aku tak pernah setuju dengan perkataan “crew”ni.Zaman sekolah menengahlah kau belajar macam mana nak urut,nak basuh baju,nak masakkan Maggie abang-abang senior.Kau tak basuh baju abang abang senior,kau tahulah azab pergi sekolah dalam keadaan badan sakit kena pijak beramai-ramai.Selepas itu,habis sekolah.Umur aku meningkat.

Masuk 18 tahun,aku dapat tawaran belajar.Tapi sebelum dapat belajar,aku menjadi seorang kutu rayau yang berjaya selama 1 tahun.Tak kutu jugalah.Aku kerja juga sekejap.Aku kerja Marrybrown.Lepas tu,aku resign sebab perangai pekerja macam celaka.Asyik tekan aku sebab asyik curi kuah blackpaper buat makan tengah hari.Lepas tu,aku kerja kedai satay.Dekat kedai satay aku belajar cara nak potong nasi impit menggunakan benang je.Power tak power la tauke aku masa tu.Lepas tu,baru aku masuk belajar.Aku melanjutkan pelajaran sampai sekarang.Bagi aku,setiap peringkat umur dalam hidup aku semua hebat.Kalau tercicir satu kategori umur aku,mungkin aku tak jadi orang.Mungkin juga aku jadi James Hetfield atau pun Steven Gerrard.Baru aku sedar,kehidupan aku sebenarnya sangat power.


p/s :Makwe aku yang tanya soalan ni.Haaaa,ni aku jawab.Ni aku jawab.

No comments:

Post a Comment