Wednesday, January 15, 2014
Kawan Atau Lawan
Monday, January 13, 2014
Manusia
Manusia.Definisi manusia secara umum adalah makhluk yang utama di dalam dunia yang mempunyai sifat uniknya sendiri.Manusia dari biologi diklasifikasikan Homo Sapiens(Bahasa Latin bagi manusia),sebuah spesies dari golongan mamalia yang mempunyai kemampuan yang tinggi.Maknanya,engkau boleh melepaskan amarah engkorang dengan menggunakan ayat baru kepada kawan engkorang.
"Dasar homo sapiens tak guna!"
Bagi aku,sudah tentu aku akan cakap yang manusia ni mempunyai pelbagai jenis,pelbagai perangai dan pelbagai ragam.Ada yang lelaki budiman,ada yang kurang ajar,ada yang takde dua dua sebab dia memang tak ada perasaan.Manusia adalah makhluk yang mempunyai akal dan fikiran.Tapi ada juga manusia yang bertindak mengalahkan binatang.Membunuh,merogol dan merompak sana sini.Dasar homo sapiens tak guna.Ada satu kes yang melibatkan seorang lelaki dan seorang kanak kanak perempuan.Kanak kanak perempuan itu dirogol dan dibunuh.Engkau panggil engkau "homo sapiens" lagi kalau buat kerja pun macam celaka?
Engkau kata engkau makhluk yang paling pandai,tetapi bumi engkau sendiri engkau tak boleh jaga?Engkau lakukan pencemaran sana sini,potong hutan,potong pokok.Takpayah buat "earth hour" selama sejam kalau setiap hari selama 24 jam engkau tetap merosakkan bumi engkau sendiri.Dasar homo sapiens tak guna.
Engkau kata engkau adalah manusia yang mempunyai adab.Engkau pesan teh oh ais kepada tukang ambil pesanan tapi bila dia hantarkan pesanan engkau,engkau tak pernah cakap terima kasih kepada dia? Engkau cakap engkau jenis homo sapiens beradab?Dasar homo sapiens tak guna.
Engkau cakap engkau manusia yang mementingkan persahabatan.Tapi bila engkau jumpa kawan baru,engkau tinggalkan kawan lama engkau dengan senang lenang.Sudahlah engkau tinggal begitu sahaja,engkau siap buat cerita macam celaka.Engkau cakap engkau seorang teman yang jujur,tapi engkau berkawan hanya sebab kepentingan dan nama.Engkau ingat engkau homo sapiens yang bagus?Dasar homo sapiens tak guna.
Aku pernah melepak dengan seorang teman kepada teman aku yang aku tak berapa rapat.Aku hanya memakai sehelai baju band "bbq chicken" yang agak lusuh dan sehelai seluar dickies yang sedikit kotor.Mestilah aku pakai selipar,aku homo sapiens yang pandai menjaga kebersihan diri.Teman kepada teman aku itu memandang aku atas bawah,menengok aku dengan cara yang boleh buat aku rasa yang aku ni tak setaraf nak melepak dengan dia,bercakap acuh tak acuh apabila aku melontarkan soalan.Aku takde baju mahal mahal,rambut aku takboleh nak buat style style.Engkau cakap engkau homo sapiens yang tenang dan mesra alam?Aku hanya tenang dan mencarut "fuck you,fuck you" di dalam hati.Nak cakap depan depan,aku takut dia terasa.Aku homo sapiens yang pandai jaga hati orang lagi.
Sunday, January 5, 2014
Sms II
Aku belajar lagi.Duit ptptn aku tak ambil sebab tawaran dia bagi aku RM 3000.00 untuk 6 sem. Celaka,RM 500.00 satu sem buat benda?Satu sem bersamaan 6 bulan.Aku makan sehari pun 6-7 ringgit.Rokok pun aku dah tukar dari Winston kepada John.Engkau nak mampus jadi student hisap rokok RM 10.50?Abah aku setuju nak tanggung aku sebab aku seorang sahaja yang masih belajar.Yang lain dah berjaya masuk ke alam pekerjaan.Sebagai anak yang soleh,berkaliber,tak berkemampuan,aku hantar sms dekat mak aku nak minta duit bayar yuran,beli makwe,beli buku,beli bihun goreng dan benda benda yang diperlukan lagi.Engkau tengok?Aku bukan buat benda tak berfaedah.Bab nak minta duit ni,gua memang berdebar.Aku tarik nafas,aku buka telefon bimbit,aku taip sms.
"Mak,nanti suruh abah masuk duit sikit.bagi la lebih sikit.Saya ni seorang student yang sedang lapar dan tak berkemampuan"
Aku bukan jenis yang letak "hahaha" di setiap sms kerana aku seorang yang serius.Ya,serius.Kadang kadang aku jadi seorang yang genius dan seorang yang periang dan penyayang.Baik hati dan amanah juga antara sifat sifat aku.Pandai memasak dan pandai mengorat pun sama,ada dalam diri.Sopan santun je takde.Lama juga aku tunggu sms dibalas.Lagi bertambah berdebar aku ni kalau sms aku hantar dibalas lambat.
Lagu dendangan kumpulan Metallica bertajuk Battery berkumandang dari telefon bimbit aku menandakan sms masuk.Dengan terketar-ketar macam orang tak dapat hisap gam,aku buka sms tu.
"Ni abah ni.Bukan mak.Tak malu betul aok suruh mak pujuk abah nak duit lebih.Bihun goreng masak sendiri je la takyah beli"
Aku dengan tenang membalas "Assalamualaikum abah"
Hilang genius gua.Macam mana orang genius macam gua boleh gagal dalam bab hantar sms ni?
Thursday, January 2, 2014
Selimut
Hati Tisu
Bagi aku, hidup ni di ibaratkan kita buat bungee jump. Dalam beberapa saat je kau boleh jatuh. Down. Sekali kita sampai ke bawah, badan akan rasa seolah-olah direntap sedikit. Kuat. Tak, kita tak akan jejak ke tanah, sebab ada tali yang terikat dekat kaki kita. Tali tu yang membuatkan kita tergantung dan halang daripada jatuh mencium muka bumi. Tali tu jugalah yang buatkan kita selamat daripada peritnya luka jatuh dan seksanya menahan perit.
"Siapa tu?"
"Oh, tu kawan aku."
"Oh, member aku."
Ya, ini yang aku ibaratkan sebagai tali. Tak kira dengan siapa pun aku down, dengan siapa pun aku sentap, direntap mahupun ditatap (ya Tuhan kelakarnya), aku tetap cari yang ini. Setengah orang yang hangat bercinta, mesti letakkan pasangan di atas kawan-kawan. Betul. Aku pernah begitu suatu ketika dahulu.. Tapi, pengalaman mengajar aku. Bila kita terasa dengan pasangan kita, kawan-kawan juga kita cari, kan? Mungkin ada yang jenis suka berterus terang. Tapi bukan aku. Hehe. Apa-apa pun, momen paling indah bila kawan bawak keluar ayat.
"Weh, janganlah sedih."
Cukup. Ayat tu boleh buat aku tenang. Kawan-kawan lah backbone aku. Sampai aku bergelar isteri orang nanti, saat tu baru lah aku letakkan encik suami sebagai tulang belakang utama aku. Power betul guna encik suami. Geli tekak.
Aku tahu ada sekoq dua tiga member yang baca ni, sebab dah janji nak baca sebelum tidur kan! Aku nak cakap terima kasih ni dekat korang. Aku sayang korang ni, sayang.
Perenggan ni akak tujukan khas buat seorang rakan seperjuangan zaman-zaman letak lagu Alesana dekat profile Myspace, terima kasih sebab pandai buat aku ketawa bila aku down dan terima kasih sebab throwback gambar yang mana aku rasa nak maki tapi tak sampai sebenarnya. Kalau lu ada sebelah gua, gua gembat je. Lu memang terbaik. Macam gambar Hang Lekiu makan Skittles. Gua pun tak sangka lu bijak tenangkan gua yang hati tisu ni. Semoga kita pasola selamanya..
Yang cipta aku dan keluarga aku sudah tentu yang paling utama. Blog ni rata-rata orang Melayu baca, sebab tu kena cakap. Kalau tak nanti, kabo aku ni tak ingat ke Allah dan keluarga pulak. Hehe.
Mimpi Mainan Tidur,Tidur Suka Main Dengan Mimpi
Disebalik dengkuran yang indah dan merdu macam Adele tengah membongkang lepas buat konsert tu, tiba-tiba je aku dah dalam van kunyit. Seorang diri. Van itu tengah bergerak dengan perlahan, di tengah-tengah kota metropolitan Dungun. Cuaca yang mendung ketika itu dan faktor tempat duduk aku di seat belakang sekali menyukarkanku untuk melihat muka pemandu van itu. Padu juga bahasa baku aku ni. Ya, aku dalam perjalanan nak pulang ke kolej. Cuti 2 minggu aku sudah habis. Aku biarkan saja van tu hantar aku. Nampak macam Abang Mie. Aku lega.
Dengan tenang aku sandarkan badan dan meletokkan kepala ke arah tingkap, menikmati angin laut sepanjang perjalanan. Penat bro dalam bas duduk je. Naik kematu bontot. Melaka ke Dungun memakan masa 8jam. Kalau bas rosak, 10jam. Okay, dah 15 minit perjalanan dalam van, tiba-tiba dahiku berkerut menandakan ada yang tak kena. Jalan yang aku lalu tu, tak pernah aku jumpa. Bukan jalan biasa yang aku lalu untuk pulang ke kampus. Jalan tu gelap, hutan kiri kanan sepanjang jalan. Tiada lampu jalan. Tiada kereta lain. Aku mula panik. Lahabau, dah "fefeeling" macam cerita hantu pulak.
Dengan nada tinggi aku menyoal lelaki tu, "Abang nak bawak saya pergi mana ni?! Ni bukan jalan nak ke U!"
Dalam kegelabahan, aku cuba cari jalan untuk keluar daripada van itu. Ahh! Aku duduk seat belakang sekali, takde pintu. Bencana ni, bencana. Lelaki tu memperlahankan van dan berhenti di bahu jalan. Sempat juga aku menjeling ke cermin rear-view, hanya nampak dia tu tersenyum sinis dan bengis. Dia membalas, "Aku dah lama perhatikan kau. Kau ni sebijik Barbara Palvin. Sekian lama aku tunggu, harini kau masuk juga perangkap aku."
Dalam hati aku berdetik, "Celaka, sah aku nak kena rogol ni. Sah". Lelaki itu turun daripada van. Aku masih tak nampak muka dia. Secara tiba-tiba, dengan kuasa beto yang aku ada, wujud sebuah pintu dekat seat belakang sekali tu. Aku terus melompat keluar. Power tak power. Aku terus berlari ke arah sebuah kedai runcit yang entah mana datang tengah-tengah hutan tu. Sambil aku berlari, aku sempat menoleh ke belakang. Risau kalau-kalau lelaki tadi kejar aku, tarik kaki aku. Risau.
Toleh punya toleh, jahanam. Pakcik aku! Patutlah suara macam kenal! Akhirnya, aku diselamatkan oleh abang di kedai itu. Ada adegan peluk-peluk ketakutan bersamanya, aku simpan kemas-kemas dalam hati. Beruntung abang tu dapat berpeluk dengan Barbara Palvin. Drama box office ni berakhir dengan aku tersedar jam empat pagi, dan beberapa ketul sms daripada jejaka Mexico mengadu dia penat.
Apa-apa pun, aku pelik. Celah mana pintu ajaib tu datang dalam van tu. Tapi, nama pun mimpi. Macam-macam boleh jadi dalam mimpi. Kalau dah namanya mimpi, babi pun boleh terbang. Kan? Pernah sekali aku mimpi tengah sedap-sedap borak dengan mak, tiba-tiba aku gigit telinga dia. Dah lah gigit, siap kunyah. Memang geli bila dengar, tapi apa boleh buat. Mimpi. Kahkah.
Lagi satu, untuk makluman, van kunyit ni adalah sejenis van sekolah berwarna kunyit yang engkorang selalu tengok tu. Kunyit bukan warna ungu tau. Siapa yang pergi bayang kunyit warna ungu, meh sini akak test power penumbuk akak dekat muka ko. Keadaan van ni kebanyakkannya seperti 'hidup segan, mati pun segan'. Di Dungun, sebuah negeri yang kaya dengan ikan goreng tepung dan bijih timah, van ni digunakan untuk mengangkut pelajar-pelajar UiTM kemana jua mereka nak tuju. Kesanakemarikemanajua.
Nota kepada diri sendiri; Aku akan juhkan diri bila berjumpa dengan pakcik aku yang tu. Sungguh. Nama dia Pakcik Abu. Ok.