Thursday, January 2, 2014

Mimpi Mainan Tidur,Tidur Suka Main Dengan Mimpi

Malam tadi adalah malam paling win sekali. Yay! Macam biasa, aku tertidur semasa menunggu lelaki Mexico yang berbadan sasa pulang dari gig dekat rumah orang. Dia kabau la, dia kabau. Aku bukan pernah pergi. Aku cuma tahu orang pergi gig ni mesti berpeluh. Mujur jejaka Mexico tadi dah sedia maklum yang aku ni jenis mudah tertidur. Gila, setiap nafas dan dengkuran semasa tidur adalah nikmat.

Disebalik dengkuran yang indah dan merdu macam Adele tengah membongkang lepas buat konsert tu, tiba-tiba je aku dah dalam van kunyit. Seorang diri. Van itu tengah bergerak dengan perlahan, di tengah-tengah kota metropolitan Dungun. Cuaca yang mendung ketika itu dan faktor tempat duduk aku di seat belakang sekali menyukarkanku untuk melihat muka pemandu van itu. Padu juga bahasa baku aku ni. Ya, aku dalam perjalanan nak pulang ke kolej. Cuti 2 minggu aku sudah habis. Aku biarkan saja van tu hantar aku. Nampak macam Abang Mie. Aku lega.

Dengan tenang aku sandarkan badan dan meletokkan kepala ke arah tingkap, menikmati angin laut sepanjang perjalanan. Penat bro dalam bas duduk je. Naik kematu bontot. Melaka ke Dungun memakan masa 8jam. Kalau bas rosak, 10jam. Okay, dah 15 minit perjalanan dalam van, tiba-tiba dahiku berkerut menandakan ada yang tak kena. Jalan yang aku lalu tu, tak pernah aku jumpa. Bukan jalan biasa yang aku lalu untuk pulang ke kampus. Jalan tu gelap, hutan kiri kanan sepanjang jalan. Tiada lampu jalan. Tiada kereta lain. Aku mula panik. Lahabau, dah "fefeeling" macam cerita hantu pulak.

Dengan nada tinggi aku menyoal lelaki tu, "Abang nak bawak saya pergi mana ni?! Ni bukan jalan nak ke U!"

Dalam kegelabahan, aku cuba cari jalan untuk keluar daripada van itu. Ahh! Aku duduk seat belakang sekali, takde pintu. Bencana ni, bencana. Lelaki tu memperlahankan van dan berhenti di bahu jalan. Sempat juga aku menjeling ke cermin rear-view, hanya nampak dia tu tersenyum sinis dan bengis. Dia membalas, "Aku dah lama perhatikan kau. Kau ni sebijik Barbara Palvin. Sekian lama aku tunggu, harini kau masuk juga perangkap aku."

Dalam hati aku berdetik, "Celaka, sah aku nak kena rogol ni. Sah". Lelaki itu turun daripada van. Aku masih tak nampak muka dia. Secara tiba-tiba, dengan kuasa beto yang aku ada, wujud sebuah pintu dekat seat belakang sekali tu. Aku terus melompat keluar. Power tak power. Aku terus berlari ke arah sebuah kedai runcit yang entah mana datang tengah-tengah hutan tu. Sambil aku berlari, aku sempat menoleh ke belakang. Risau kalau-kalau lelaki tadi kejar aku, tarik kaki aku. Risau.

Toleh punya toleh, jahanam. Pakcik aku! Patutlah suara macam kenal! Akhirnya, aku diselamatkan oleh abang di kedai itu. Ada adegan peluk-peluk ketakutan bersamanya, aku simpan kemas-kemas dalam hati. Beruntung abang tu dapat berpeluk dengan Barbara Palvin. Drama box office ni berakhir dengan aku tersedar jam empat pagi, dan beberapa ketul sms daripada jejaka Mexico mengadu dia penat.

Apa-apa pun, aku pelik. Celah mana pintu ajaib tu datang dalam van tu. Tapi, nama pun mimpi. Macam-macam boleh jadi dalam mimpi. Kalau dah namanya mimpi, babi pun boleh terbang. Kan? Pernah sekali aku mimpi tengah sedap-sedap borak dengan mak, tiba-tiba aku gigit telinga dia. Dah lah gigit, siap kunyah. Memang geli bila dengar, tapi apa boleh buat. Mimpi. Kahkah.

Lagi satu, untuk makluman, van kunyit ni adalah sejenis van sekolah berwarna kunyit yang engkorang selalu tengok tu. Kunyit bukan warna ungu tau. Siapa yang pergi bayang kunyit warna ungu, meh sini akak test power penumbuk akak dekat muka ko. Keadaan van ni kebanyakkannya seperti 'hidup segan, mati pun segan'. Di Dungun, sebuah negeri yang kaya dengan ikan goreng tepung dan bijih timah, van ni digunakan untuk mengangkut pelajar-pelajar UiTM kemana jua mereka nak tuju. Kesanakemarikemanajua.


Nota kepada diri sendiri; Aku akan juhkan diri bila berjumpa dengan pakcik aku yang tu. Sungguh. Nama dia Pakcik Abu. Ok.

No comments:

Post a Comment