Tuesday, December 31, 2013

Pahang,Petang dan Keropok Lekor

Jam tangan aku menunjukkan sudah pukul 4.30 petang.Aku tenang.Aku ambil air sembahyang,aku solat asar dahulu.Aku kan kacak.Kacak dengan budi pekerti dan nilai-nilai murni.Selesai solat,aku ambil seluar pendek dickies warna hitam aku,aku lipat kain pelikat,simpan elok elok dalam almari.Aku sarung seluar pendek dickies aku sambil cari mana aku letak odorono aku.Apabila selesai meletakkan odorono di ketiak,aku cari baju yang paling power untuk aku pakai.

“Baju H2O ni aku dah selalu pakai.Ahhh,pakai jersi Liverpool pun power juga aku rasa” bisik aku dalam hati.

Setelah selesai pakai baju dan seluar ,aku ke ruang tamu.Aku nampak geng-geng ni macam biasa,sedang main FIFA 14.Aku tenang menuju ke almari tepi televisyen.Aku cari kunci Mazda Rx-7 aku.

“Woi,kunci Rx-7 aku mana?” jerit aku dengan nada menyoal.

“Tu haa,atas meja makan.Tak power langsung kunci Mazda letak atas meja makan.Kau tengok kunci Audi R8 aku,aku simpan dalam hati” jawab Safwan dengan nada serius.

Pranggggg.Melekat penutup periuk nasi atas kepala dia.

“Audi abah lu” jawab aku dengan angkuh.

Aku hidupkan kereta,aku masuk gear satu,aku mulakan perjalanan.Sebenarnya,petang ni aku dah janji nak 
keluar dengan makwe aku makan cendol sama keropok lekor.Power juga aku dating makan keropok lekor.Jimat duit.Jangan harap aku nak dating makan mekdonel.Ingat sweet makan mekdonel dengan makwe?Habis kuat,lu orang belanja burger paling murah juga.Aku belanja makwe keropok lekor  Rm 15 sekali makan tahu?Kah kah kah.Dasar rakus.
10 minit juga perjalanan aku nak ambil makwe aku dekat tempat dia berteduh.Bila aku dah sampai,aku taip sms.

“Woi,dekat bawah,cepat sikit.Lambat,aku dating dengan makwe lain.”

Real juga aku taip sms macam tu.Tak sampai dua saat,makwe aku sampai.Aku mulakan perjalanan ke destinasi yang kami tuju.Aku tengok dia macam bersyukur dia tak lambat masuk kereta.Kalau tak,melepas juga dia nak dating dengan orang paling power dekat Pahang.

“Kita nak makan keropok lekor kan?”

“Haah,keropok lekor”

“Keropok lekor yang mana ni?Yang dekat hujung ke,yang dekat dengan Petronas?”

“Ikut awak la”

“Aok cakap la betul betul.Aok yang nak makan sangat”

“Aok?”

“Ye,aok.Kenapa?”

“Aok tu apa?Bunyi macam orang sendawa.Ingat awak sendawa buang angin.”

Prangggggggggggg!


Kali terakhir aku tengok makwe tu,kawan aku hantar gambar ikut whatsapp muka dia pecah kena hentak dengan kayu hoki dalam kereta aku.Berani dia mempersendakan bahasa Pahang?Dia tak tahu ke Pahang ni juara Piala Malaysia?

P/S : Aok=Awak/Kau/Kamu/Engkau Dalam Bahasa Pahang

Selamat Tahun Baru

Sibuk juga aku malam tahun baru ni.Aku kerja dengan abang aku.Tolong angkat barang,tolong jaga kamera,tolong cabut barang barang studio dia,tolong makan cupcake percuma,tolong tengok band perform lagu Green Day,tolong tengok makwe makwe yang berkeliaran dekat tempat countdown tahun baru,tolong rakam video band band yang perform,tolong hisap rokok Winston yang harga macam celaka mahal sekarang ni,dan tolong mencarut ke mat mat motor yang pakai motor Ex5 tapi ekzos lori.Tengah aku sibuk angkat barang masuk dalam Hilux,datang Zarok sama Matpet sama Pais Manan.Jam menunjukkan dah lebih pukul 12.00 tengah malam.

"Aku last berak tahun lepas Saman" kata Zarok

Aku terdiam.

"Aok memang kelako Zarok,aok memang kelako.Kelako aok memang gred A" 

Sambil aku bercakap,sambil aku rasa nak tampar muka dia sebab buat kelako macam budak darjah 3.Kali terakhir aku tampar orang buat kelakar macam ni,masa aku duduk Amsterdam dulu.

Monday, December 30, 2013

Pembukaan Mcdonalds Jerantut

“Weh,keh lapo la.Jom teman keh makan”

“Makan mana?”

“Mekdonel”

“Keh tok gemor makan Mekdonel deme”


“Yahhh,aok ni pander amat.Tok kolumpo langsung.Mekdonel pok sedaknyee”

Sunday, December 29, 2013

Membesar Part 2

“Bagi kau,umur berapa kau rasa paling power dalam hidup kau?”

Fuh.Berpeluh juga aku nak jawab soalan ni.Bila aku fikir balik,sepanjang hidup aku semua hebat setakat ni.Umur 2-3 tahun aku tengah taksub WWF.Memang power masa ni.Aku siap kena “Stone Cold Stunner” lagi dengan abang aku.Berkecai jugalah leher aku masa tu.Paling power,aku kena finishing “Dudley Boys” dengan abang aku sama Sheri.Berdarah kening aku.Mengamuk mak aku sampai bakar semua cd-cd wrestling aku.Down jugalah aku masa tu.Tak dapat tengok Chyna.Aku siap potong kertas A4 nak buat tali pinggang wrestling dengan Uki.Dekat tali pinggang tu tulis besar besar “World Wrestling Federation”.Kenangan,kenangan.

Umur 5-6 tahun,aku masuk tadika.Belajar huruf “A”,”B”,”C”.Kalau takda umur 5-6 tahun dalam hidup aku,tak pandai membaca aku sekarang.Umur 7 tahun,aku darjah 1.Pengenalan kepada sekolah rendah.Darjah 1-6 aku sekolah dekat Sekolah Kebanggsaan Bandar Jerantut.Sekolah ni memang hebat.Cikgu Matematik dia boleh main baling pemadam papan hitam dekat kepala kau kalau kau buat hal.Masa sekolah rendahlah aku kenal erti pistol cicak.Kumpul duit,beli pistol cicak,bawa pistol pergi sekolah,berperang satu sekolah.Makcik kantin yang buat Mee Goreng Basah tak sedap pun kitaorang tembak.Memang power.Darjah 5 aku pernah kena pukul dengan budak darjah 6.Power tak power gua buat hal dengan senior?

Kalau takde umur 10 tahun,aku tak kenal erti merokok tu apa.Kali pertama aku beli rokok batang masa darjah 4.Aku bukan jahat,aku nakal.Jenis nakal makwe suka takpa.Aku dengan tenang beli Surya masa tu.Gembira sangat dekat bibir rasa manis masa hisap Surya.Kah ka
h kah.Umur 12 tahun,aku upsr.Dapat 4A1B.Abah aku terus bagi aku lesen bawa motosikal.Tak payah aku bawa motosikal curi curi lagi.

Masuk umur 13 tahun,aku masuk sekolah menengah.Masuk sekolah menengah,aku dah matang.Aku matang sebab aku sekolah sekali dengan mak aku.Sebab tu je,sebab tu je.Zaman sekolah menengahlah aku belajar tentang kawan-kawan.Susah senang bersama.Tolong menolong amalan mulia.Zaman sekolah menengahlah kau dapat pukul junior sebab kantoi hisap rokok depan kau.Zaman sekolah menengahlah kau belajar jual nasi lemak secara rahsia tengah tengah malam dekat asrama.Zaman sekolah menengahlah kau dapat belajar macam mana kau nak seludup rokok masuk ke sekolah.Zaman sekolah menengahlah kau tulis perkataan “crew” dekat belakang baju kelas.Mana yang konon konon kreatif,dia buat baju kelas macam jersi bola sepak.Ada nombor,ada nama,ada nama kelas.Yang mana guna t-shirt kolar,mesti ada perkataan “crew”.Aku tak pernah setuju dengan perkataan “crew”ni.Zaman sekolah menengahlah kau belajar macam mana nak urut,nak basuh baju,nak masakkan Maggie abang-abang senior.Kau tak basuh baju abang abang senior,kau tahulah azab pergi sekolah dalam keadaan badan sakit kena pijak beramai-ramai.Selepas itu,habis sekolah.Umur aku meningkat.

Masuk 18 tahun,aku dapat tawaran belajar.Tapi sebelum dapat belajar,aku menjadi seorang kutu rayau yang berjaya selama 1 tahun.Tak kutu jugalah.Aku kerja juga sekejap.Aku kerja Marrybrown.Lepas tu,aku resign sebab perangai pekerja macam celaka.Asyik tekan aku sebab asyik curi kuah blackpaper buat makan tengah hari.Lepas tu,aku kerja kedai satay.Dekat kedai satay aku belajar cara nak potong nasi impit menggunakan benang je.Power tak power la tauke aku masa tu.Lepas tu,baru aku masuk belajar.Aku melanjutkan pelajaran sampai sekarang.Bagi aku,setiap peringkat umur dalam hidup aku semua hebat.Kalau tercicir satu kategori umur aku,mungkin aku tak jadi orang.Mungkin juga aku jadi James Hetfield atau pun Steven Gerrard.Baru aku sedar,kehidupan aku sebenarnya sangat power.


p/s :Makwe aku yang tanya soalan ni.Haaaa,ni aku jawab.Ni aku jawab.

Membesar.

Tahukah anda, beberapa hari je lagi kita ni akan hidup dalam tahun 2014? Tentu lah engkorang dah tahu, #2014wish pun dah trending dekat Twitthor. Moga-moga umur kita panjang. Aamiin.

Minggu ni aku lepak lama dekat kampung. Sedara mara semua ada. Tenang aku rasa. Sisa-sisa belasan tahun aku dihabiskan dengan masuk dusun durian, mengimbau kenangan lama dengan sepupu sepapat, berebut bilik air time maghrib, dan banyak lagi. Perhati pakwe yang membeso sama-sama tu normal. Daripada kecik ko jarang jumpa, sebab ko dengan dia sedara jauh. Tapi makin bertambah tahun, lama tak jumpa. Sekali jumpa, mesti makin handsome. Makin lawa. Mesti, mesti.

Pada petang yang hening, aku duduk lepak dengan sepupu. Sambil makan pulasan sekilo 6 ringgit, wechat dengan pakwe, kami borak pasal 2014. Cepat betul masa terbang kata omputih. Rasa macam baru je aku ajak dia ponteng puasa makan Apollo dalam bilik air, macam baru je aku ajar dia mengembangkan bakat dengan cucuh bunga api dekat bunga-bunga tepi rumah, baling mercun atas rumah, tidur lambak sama-sama dan mandi tanpa seutas benang di badan sama-sama. Untung siapa jadi sepupu aku, aku lah sepupu yang berwawasan suatu ketika dahulu. Borak punya borak, kami kehabisan ayat.

Senyap.

"Syuhada, dah nak 20 tahun awak hidup ni, umur berapa yang awak rasa paling best?"

Hawau. Cukup bernasib baik masa tu aku dah berhenti makan pulasan. Aku tergelak, kemudian diam. Dengan rasa bingung, aku jawab "Umur 12 nak ke 13." Sebab masa tu ko tak fikir apa. Ko tak fikir kenapa ko asyik kena tinggal dengan orang yang ko sayang, ko tak fikir baju apa nak pakai pergi kelas esok, ko tak payah hadap kawan-kawan yang pelbagai ragam, ko tak fikir cara nak jimat duit, ko tak perlu hadap kuliah 8jam yang paling bosan dalam hidup semata-mata untuk dapatkan lesen kereta, ko tak kenal apa erti 'submit assignment', dan ko tak perlu pergi bank, pejabat-pejabat kerajaan dengan sendiri untuk buat urusan. Banyak lagi. Ko hanya fikir nak masuk sekolah mana dan sekolah mana paling ramai pakwe handsome, ko hanya duduk rumah tengok Hannah Montana,  pukul 10 dah masuk tidur, bangun pagi sarapan dah sedia, petang-petang terpacak depan tv tengok Catdog, dan menghitung hari untuk masuk tingkatan 1. Benda paling dewasa ko buat masa tu pun, tengok sinetron Indon.

2013 memang perit. Banyak parut aku dapat. Tapi bak kata sorang pengetuit tegar ni, "Tahun 2013 ni okay je. Korang tu yang teruk". Pap. Yang ni tepat kena pada muka sendiri. Betul jugek.

Apa-apa pun, sepupu aku memang power. Baru 17 tahun bernafas, tapi soalan yang dia tujukan ke aku lebih susah daripada soalan paper 3 chemistry zaman aku sekolah dulu. Kalau engkorang pula, umur berapa engkorang rasa paling best sepanjang engkorang membesar ni?

Saturday, December 28, 2013

Marah Manja

"Syafiq,kau tolong belikan aku nasi bujang satu.Aku lapar la"

"Nasi bujang takdalah man,nasi bujang dah kahwin lari"

Trangggggg.Berkecai telefon bimbit aku disebabkan kawan aku buat kelakar masa aku tengah lapar.Mujur dia takda depan aku je.

Satu.

Entri pertama ni aku tulis dalam keadaan bosan. Jadi isinya memang tak ada. Bosan. Sama bila ko sedih, tentu ko tulis benda yang sedih. Kan? So, ko takyah expect lebih.

Bosan tu, bila channel tv semua dah habis ko tukar tapi ko tetap tak jumpa yang kena dengan mood ko masa tu.
Bosan tu, bila ko rasa bateri phone ko kejap je dah merah. Padahal baru je charge.
Bosan tu, bila ko sedau diri timeline dekat tuitter tu tiba-tiba semua muka ko je.
Bosan tu, bila selang 5 minit je ko tanya pakwe/makwe ko tengah buat apa.
Bosan tu, bila bawak perempuan cari baju.
Aku tekankan lagi, aku bosan ni. Engkorang bosan ke tidak?

Bosan lagi aku dengar anak Shuhaimi hari-hari tanya bila aku nak mula menulis. Dia taktahu ke aku ni dah lama tak berkarya. Buku last aku tulis, alhamdulillah dapat best seller. Ramai jugak penerbit email mintak kebenaran nak adaptasi buku aku tu. Tapi bila tanya, depa jawab untuk slot drama time maghrib dekat sebuah stesen tv. Terus aku tak izinkan. Malu pensyarah-pensyarah akak dekat fakulti bahasa sebuah universiti dekat Moscow tu nanti. Karya pelajar dia setanding dengan 'Playboy Itu Suami Aku'. Malu. Malu.

Eh. Tak perkenalkan lagi diri. Kalau penulis lagi satu tu banyak melebarkan sayap dekat luar negara, aku ni dalam Malaysia je. Aku ni lawo macam Miranda Kerr. Tak percaya, google. Tapi ramai juga kata aku ni saling tak tumpah macam Jessica Alba. Orang kata la, orang kata. Akak pun keliru, Nasib akak ni humble orangnya dik. 22/11/94, mak aku keluarkan aku daripada perut dia. Lawa betul tarikh. Aku agak la, dalam 20/2/94 macam tu aku dah menang acara sperm paling laju. Hawau is my first language. Dengan bangga, aku orang Melaka. Peringgit woi peringgit! Ok dah lah tu, ko tahu tu je cukup. Baru ingat nak bagitahu size badan. Tapi tak jadi, tak jadi. Risau kalau-kalau ramai pakwe yang tergoda.

Hawau betul rase. Aku nak cakap lagi pasal bosan. Lantak korang la. Dah macam kehidupan seekor tapir dalam zoo aku rasa entri pertama tulisan aku ni. Memang bosan aku tengok. Hambar. Tahun depan pun, itu jugak. Bezanya entri aku dengan kehidupan tapir, tahun depan mungkin aku makin power. Kakaka. In shaa Allah. Tapi peduli apa. Aku tengah belajar lagi ni. Dah, membebel banyak nanti makin teruk pulak aku kena hentam.

Paling penting, aku tak payah dengar lagi budak Jerantut tu tanya, "Woi, bila nak tulis ni?".

Kenapa?



Kenapa tiba tiba aku menulis?Jangan tanya aku,aku sendiri pun tak tahu!Tiba tiba datang keinginan dalam diri,meronta-meronta menyuruh aku menulis.Aku pelik juga,aku menulis siapa nak baca?Siapa nak baca hasil tulisan seorang pelajar universiti semester 3 di peringkat diploma?Siapa nak baca hasil tulisan seseorang yang baru mencecah umur 20 pada tahun 2014?Siapa yang nak baca hasil tulisan seseorang yang masih mentah dalam kancah dunia ini?Siapa yang mahu baca hasil tulisan seorang budak muda yang baru belajar apa itu kapitalisme?Siapa?Siapa?Tapi aku tetap tidak peduli tentang semua itu.Itu perkara kecil,perkara yang tidak perlu dibimbangkan.Aku menulis untuk kepuasan.Sama seperti orang bermain bola sepak.Di kala mereka bermain bola sepak,mereka melupakan segala kekusutan yang bermain di dalam kepala mereka,segala tekanan yang telah mereka lalui sepanjang waktu kerja dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang,segala tekanan yang mereka lalui di saat di maki bos ketika di tempat kerja,segala tekanan yang dilalui di saat ditekan ibu bapa dalam soal kahwin bagi mereka yang sedikit berumur,segala tekanan yang dilalui di saat di tipu oleh penjual barangan "online" dan tekanan hidup sebab tengok makwe sendiri like gambar lelaki berbadan sasa dalam instagram.Saingan woi,saingan.Mereka melepaskan segalanya ketika kawan kawan mereka ajak bermain futsal selama dua jam di gelanggang futsal satu Malaysia yang berwarna biru.Ada juga aku tengok gelanggang futsal satu Malaysia warna ungu.Nak menangis aku tengok gelanggang futsal tu sebenarnya.Tak lawa langsung.Sama seperti aku.Aku menulis untuk melepaskan segala gala nya.Selama aku hidup,walaupun aku masih muda,baru sekali aku rasa betapa celakanya kena tipu dengan orang yang kita sayang.Aku juga bermain bola sepak.Aku juga tahu bagaimana rasa melepaskan tekanan yang kita hadapi sewaktu kita bermain bola sepak.Sekarang,aku cuba.Aku cuba untuk ubah cara melepaskan tekanan aku dari bermain bola sepak kepada menulis.Mana tahu rezeki aku,orang nak rilis aku punya hasil tulisan.Kah kah kah!

Short Message System



Dengan kesibukkan,aku bertungkus lumus mencari bahan untuk assignment aku dekat library.Berpeluh jugak aku ke hulu ke hilir cari buku sedangkan buku apa aku cari aku pun tak tau! Aku ambik buku tentang Johnny Cash yang aku jumpa dalam library Universiti aku ni.Sejak bila tajuk assignment aku tentang Johnny Cash?Tapi aku peduli benda.Penuh dengan perasaan teruja,aku mencari meja yang tidak berpenghuni sebab meja lain penuh dengan pakwe makwe yang kononnya belajar berkumpulan.Padahal masing masing seluk sana seluk sini.Boleh jalan belajar berkumpulan lu orang!Aku pandang kiri,aku nampak rakan kelas aku.Aku hanya mengangkat-ngangkatkan kening aku seolah olah aku ni orang penting dan power.Aku duduk dekat meja tengah tengah dalam kawasan tu.Aku benci keadaan meja ni sebab kawasan orang lalu lalang.Macam mana pelajar cemerlang macam aku ni nak fokus untuk membaca? Tengah khusyuk baca buku tentang Johnny Cash,handphone aku berbunyi sebab ada sms masuk.Aku dengan perasaan sedikit marah,aku buka sms itu.

“Ibu,ibu dekat mana?Ambil angah dekat 7-eleven depan maybank ya”

Aku binggung.Aku binggung.Bila aku jadi ibu orang ni.Aku reply.

“Siapa ni?”

Tring.Sms masuk lagi.Aku marah lagi.

“Ni Angah la.Jangan la main main ibu,angah panas ni.Cepat la ambik orang”

Aku menarik nafas panjang.Aku reply lagi.

“Sejak bila ibu awak seorang lelaki?Saya boleh jadi suami kepada ibu awak dan ayah kepada awak.Amacam?”


Selepas itu,tenang juga aku baca buku Johnny Cash tu tanpa gangguan bunyi sms.

Friday, December 27, 2013

1994

18 Mei 1994 lahirlah seorang  power, bergaya, kacak, handsome dan semua kata-kata kebaikkan.Walaupun tahun lahir dah mencecah tahun 90-an,dia tidak peduli.Ya,dia baru berumur 20 tahun ketika tahun 2014.Muda.Dahlah muda,power pula tu.Meminati pasukan bola sepak Liverpool ketika berumur 8 tahun dan bertambah minat Liverpool apabila Liverpool memenangi piala eropah pada tahun 2005 dengan penuh kehebatan.Liverpool pasukan kuat tahu?Mempunyai ijazah dalam pertuturan bahasa asing seperti bahasa Mexico,Venezuela dan beberapa negara latin lagi.Asalkan latin,mesti boleh.Dilahirkan di Copenhagen,Denmark pada musim luruh.Orang-orang tua di Denmark pernah berpesan kepada mak ayah dia

“Oraa yang lahir dalam musim luruh ni,oraa yaa power.Aok dengan bini aok memaa beruntung.Silak-silak hari bulan,anok aok ada kose sakti” kata pakcik kepada Daniel Agger kepada ibu bapa beliau.Siapa Daniel Agger?Pemain pertahanan Liverpool paling power.


Ya,orang Denmark pun boleh bertutur dalam loghat Pahang.Celakeeee betul orang Denmark ni.Sewaktu di darjah 3,tangan kirinya patah ketika bermain bola di posisi wing kanan.Betapa lajunya dia sehingga dia terpaksa ditakcle oleh kawan sendiri sehingga patah tangan kirinya.Di dalam scene bola sepak padang di Denmark,beliau pernah menyandang beberapa gelaran seperti “The Next Steven Gerrard” dan “Jelmaan Ian Rush”.Betapa hebatnya dia.Semenjak dari itu,dia tidak reti bermain bola sepak padang,tetapi cubalah main futsal dengan dia.Pemain pemain futsal Brazil belum tentu mahu berentap dalam satu gelanggang dengan beliau.Beliau pernah dinobatkan sebagai calon Ballon D’Or bersama-sama pemain-pemain handalan yang lain. Tetapi beliau tolak percalonan itu dengan baik kepada FIFA.Pernah dinobatkan sebagai penulis buku NILAM terbaik ketika di zaman sekolah rendah.Beliau jugak pernah menyandang gelaran pemain guitar terbaik di Norway dan juga salah seorang bekas ahli kumpulan Sepultura.Beliau dengan Max Cavalera macam adik beradik.Lagu Troops Of Dooms yang didendangkan oleh Sepultura tu,beliau la yang buat.Beliau juga mempunyai aspek aspek sebagai belia yang berjaya.Pernah didakwa atas tuduhan meraba wanita gila tetapi tuduhan digugurkan atas sebab rasuah.Dahlah.Aku penat menipu ni.