Entri pertama ni aku tulis dalam keadaan bosan. Jadi isinya memang tak ada. Bosan. Sama bila ko sedih, tentu ko tulis benda yang sedih. Kan? So, ko takyah expect lebih.
Bosan tu, bila channel tv semua dah habis ko tukar tapi ko tetap tak jumpa yang kena dengan mood ko masa tu.
Bosan tu, bila ko rasa bateri phone ko kejap je dah merah. Padahal baru je charge.
Bosan tu, bila ko sedau diri timeline dekat tuitter tu tiba-tiba semua muka ko je.
Bosan tu, bila selang 5 minit je ko tanya pakwe/makwe ko tengah buat apa.
Bosan tu, bila bawak perempuan cari baju.
Aku tekankan lagi, aku bosan ni. Engkorang bosan ke tidak?
Bosan lagi aku dengar anak Shuhaimi hari-hari tanya bila aku nak mula menulis. Dia taktahu ke aku ni dah lama tak berkarya. Buku last aku tulis, alhamdulillah dapat best seller. Ramai jugak penerbit email mintak kebenaran nak adaptasi buku aku tu. Tapi bila tanya, depa jawab untuk slot drama time maghrib dekat sebuah stesen tv. Terus aku tak izinkan. Malu pensyarah-pensyarah akak dekat fakulti bahasa sebuah universiti dekat Moscow tu nanti. Karya pelajar dia setanding dengan 'Playboy Itu Suami Aku'. Malu. Malu.
Eh. Tak perkenalkan lagi diri. Kalau penulis lagi satu tu banyak melebarkan sayap dekat luar negara, aku ni dalam Malaysia je. Aku ni lawo macam Miranda Kerr. Tak percaya, google. Tapi ramai juga kata aku ni saling tak tumpah macam Jessica Alba. Orang kata la, orang kata. Akak pun keliru, Nasib akak ni humble orangnya dik. 22/11/94, mak aku keluarkan aku daripada perut dia. Lawa betul tarikh. Aku agak la, dalam 20/2/94 macam tu aku dah menang acara sperm paling laju. Hawau is my first language. Dengan bangga, aku orang Melaka. Peringgit woi peringgit! Ok dah lah tu, ko tahu tu je cukup. Baru ingat nak bagitahu size badan. Tapi tak jadi, tak jadi. Risau kalau-kalau ramai pakwe yang tergoda.
Hawau betul rase. Aku nak cakap lagi pasal bosan. Lantak korang la. Dah macam kehidupan seekor tapir dalam zoo aku rasa entri pertama tulisan aku ni. Memang bosan aku tengok. Hambar. Tahun depan pun, itu jugak. Bezanya entri aku dengan kehidupan tapir, tahun depan mungkin aku makin power. Kakaka. In shaa Allah. Tapi peduli apa. Aku tengah belajar lagi ni. Dah, membebel banyak nanti makin teruk pulak aku kena hentam.
Paling penting, aku tak payah dengar lagi budak Jerantut tu tanya, "Woi, bila nak tulis ni?".
No comments:
Post a Comment