Kenapa tiba tiba aku menulis?Jangan tanya aku,aku sendiri
pun tak tahu!Tiba tiba datang keinginan dalam diri,meronta-meronta menyuruh aku
menulis.Aku pelik juga,aku menulis siapa nak baca?Siapa nak baca hasil tulisan
seorang pelajar universiti semester 3 di peringkat diploma?Siapa nak baca hasil
tulisan seseorang yang baru mencecah umur 20 pada tahun 2014?Siapa yang nak baca
hasil tulisan seseorang yang masih mentah dalam kancah dunia ini?Siapa yang mahu
baca hasil tulisan seorang budak muda yang baru belajar apa itu kapitalisme?Siapa?Siapa?Tapi
aku tetap tidak peduli tentang semua itu.Itu perkara kecil,perkara yang tidak
perlu dibimbangkan.Aku menulis untuk kepuasan.Sama seperti orang bermain bola
sepak.Di kala mereka bermain bola sepak,mereka melupakan segala kekusutan yang
bermain di dalam kepala mereka,segala tekanan yang telah mereka lalui sepanjang
waktu kerja dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang,segala tekanan yang mereka lalui
di saat di maki bos ketika di tempat kerja,segala tekanan yang dilalui di saat
ditekan ibu bapa dalam soal kahwin bagi mereka yang sedikit berumur,segala
tekanan yang dilalui di saat di tipu oleh penjual barangan "online" dan tekanan
hidup sebab tengok makwe sendiri like gambar lelaki berbadan sasa dalam
instagram.Saingan woi,saingan.Mereka melepaskan segalanya ketika kawan kawan
mereka ajak bermain futsal selama dua jam di gelanggang futsal satu Malaysia
yang berwarna biru.Ada juga aku tengok gelanggang futsal satu Malaysia warna
ungu.Nak menangis aku tengok gelanggang futsal tu sebenarnya.Tak lawa
langsung.Sama seperti aku.Aku menulis untuk melepaskan segala gala nya.Selama
aku hidup,walaupun aku masih muda,baru sekali aku rasa betapa celakanya kena
tipu dengan orang yang kita sayang.Aku juga bermain bola sepak.Aku juga tahu
bagaimana rasa melepaskan tekanan yang kita hadapi sewaktu kita bermain bola
sepak.Sekarang,aku cuba.Aku cuba untuk ubah cara melepaskan tekanan aku dari
bermain bola sepak kepada menulis.Mana tahu rezeki aku,orang nak rilis aku
punya hasil tulisan.Kah kah kah!
No comments:
Post a Comment