Monday, February 10, 2014

Penat

Aku penat ni.Penat membaca mendalami ilmu ilmu duniawi.Bab mendalami ilmu akhirat,aku tak penat.Mithali betul penulisan.Aku tengah penat.Penat dengan karenah kawan kawan yang mulut serupa gampang semuanya.Penat nak jaga hati orang sedangkan orang lain tak jaga hati aku.Penat mengunyah nasi dengan telur mata kerbau sama kicap.Penat aku berbaring seharian,sambil mengira pusingan kipas.Penat aku tengok baju Neelofa macam baju skuba atau baju pelumba basikal Colombia.Penat,aku penat. Tahu tak aku penat?

Wednesday, January 15, 2014

Kawan Atau Lawan

Shamsul,seorang lelaki kurus,berambut kerinting,dan mempunyai dua gigi taring,sedang menikmati sepinggan mee goreng mamak ayam di restoran Mustapha.Mee goreng mamak di restoran ni memang cempien.Tahap kepedasannya yang biasa biasa aja,ayam goreng yang mantap lagi menghairahkan serta tauhu yang empuk membuatkan Shamsul amat menggilakannya.Shamsul sedang menjamu sarapan pagi nya pada pukul 5.00 petang.Ya,sarapan pagi pada pukul 5.00 petang adalah perkara biasa baginya.Seperti biasa,Shamsul ditemani oleh kutu-kutu yang sudah dikenali sejak dari kecil,Rozai,Pais dan Hisya.Shamsul dan Rozai sedang khusyuk dengan mee goreng mamaknya manakala Hisya dan Pais seperti biasa,memuja telefon bimbit masing masing.Sudah habis makanan,Shamsul mencucuh rokok.Tabiat selepas makannya yang sangat susah untuk dibuang adalah menghisap rokok.

“Aok ni,lepas makan hisap rokok.Cuba aok rilek,tenang dulu”

“Dah aok nak suruh aku hisap benda lepas makan?Hisap Lana Nordin?”

Serius juga Shamsul melontarkan soalan kepada Hisya.Hisya terdiam dan kemudian gelak sambil berkata “bodoh”.Pais macam biasa,tekun melihat gambar di dalam instagram yang berkaitan dengan seni.Rozai menghabiskan sisa sisa mee goreng mamak di dalam pinggannya dan kemudian mengikuti jejak langkah Shamsul dengan menghisap rokok.

“Betul jugek,lepas makan takkan nak hisap Lana Nordin dakk?Puas nak bakor guna lighter”

Masing masing mengukir senyuman di bibir.Keadaan menjadi sepi buat seketika waktu.Masing masing menikmati suasana petang.

“Banyak dah kereta di Jerantut ni.Benci pulok aku nok bawok kereta.Asyik jamm je kalau di bando”kata Pais.

“Aok takyoh nok berborok la,aok kawan dengan handphone je sampai mati”

Pais juga terdiam dan kemudian dengan tenang dia berkata “Fuck you.Mujur handphone ni takboleh ajak berborok.Ingat aku suka berborok dengan deme?”.

Masing-masing mengeluarkan tertawa yang kecil.Secara tiba tiba,Shamsul melontarkan soalan.

“Aku nak tanya deme,dalam dunia ni,deme rasa ada berapa jenis kawan?”

Keadaan menjadi serius.Masing masing memikirkan jawapan yang hendak diberikan kepada Shamsul.Hisya menggunakan Iphone 5s,mencari maklumat di dalam internet.Bodoh juga tindakan dia sebenarnya.

“Apahal aok ni?Serius sangat soalannya.”tanya Rozai.

“Hehehe,aku tanya je,sebab terpikir sokmo”jawab Shamsul.

“Pada aku la,kawan ni ada dua je.Yang pukimak dengan yang tak pukimak.Aku bagi aok contoh la,kawan yang pukimak ni dia kuat tikam belakang aok.Ibarat aok suruh dia bungkus mee goreng mamak ayam kedai mustapa,tapi dalam perjalanan nok hantor ke aok,dia bedal makan mee aok sampai separuh.Dahlah bedal mee aok,dia ludah pulak dalam mee aok.Ibarat la.Kalau kawan yang tak pukimak ni,ibarat aok suruh bungkus mee goreng mamak tapi dia hantor ke aok mee goreng mamak aok tanpa disentuh.Siap tamboh telur mata kerbau lagi”jawab Hisya.

Hisya dengan tenang melontarkan pandangannya.Shamsul mengangguk kepala tanda setuju.

“Padu jugek contoh aok.Kalau aok Pais?”Tanya Shamsul.

“Kalau keh,kawan kawan yang tak best macam aok la Shamsul.Kah kah kah kah!”jawab Pais dalam loghat Pahang.

“Bodo aok la.Aku bapok bestnya”.Shamsul menjawab dengan gelak tawa.

“Bagi keh,kawan kawan ni semua sama je.Memang kadang kadang yang ada jugek kawan kawan yang macam gampang,nak buat macam mana,kawan jugek tu.Tapi seelok-eloknya,deme janganlah jadi kawan yang macam gampang.Keh pernoh jumpa kawan yang jenis gampang.Mulut memang macam celaka,tak pernoh nok jaga hati kawan.Kawan yang merembat barang kawan kawan sendiri,rembat makwe kawan kawan,kawan dengan orang untuk kepentingan sendiri,ni semua jenis gampang.Kawan yang tak gampang macam keh la.Hati murni.Kah kah kah kah”jawab Rozai serupa gampang.

“Pada pandangan aku pulok,kawan ni banyak jenis.Kawan baik,kawan sehidup semati,kawan yang susah senang bersama.Aku pernoh jumpa kawan yang memang gred A.Dia akan tolong aok kalau aok susoh.Memang gred A.Memang kadang-kadang ada kawan yang serupa celaka.Tapi nak tak nak,kita kena hadap jugek dakk?”jelas Shamsul.

Begitu serius perbincangan Shamsul dengan kutu-kutunya.Apabila sudah habis air dan rokok sebanyak 21 batang,mereka menuju ke kaunter untuk membayar makanan dan minuman.Tiba-tiba Pais berkata.

“Saat macam ni la deme nak menunjukkan yang deme ni bukan kawan yang gampang.”

“Apahal pulok?”tanya Hisya.

“Saat macam ni la deme kena menunjukkan yang deme ni bukan kawan yang gampang sebab deme kena berebut siapa nok bayor makan minum aku sebab aku terlupa bawok duit ni.Kah kah kah”


Pais memang gampang.

Monday, January 13, 2014

Manusia

Manusia.Definisi manusia secara umum adalah makhluk yang utama di dalam dunia yang mempunyai sifat uniknya sendiri.Manusia dari biologi diklasifikasikan Homo Sapiens(Bahasa Latin bagi manusia),sebuah spesies dari golongan mamalia yang mempunyai kemampuan yang tinggi.Maknanya,engkau boleh melepaskan amarah engkorang dengan menggunakan ayat baru kepada kawan engkorang.

"Dasar homo sapiens tak guna!"

Bagi aku,sudah tentu aku akan cakap yang manusia ni mempunyai pelbagai jenis,pelbagai perangai dan pelbagai ragam.Ada yang lelaki budiman,ada yang kurang ajar,ada yang takde dua dua sebab dia memang tak ada perasaan.Manusia adalah makhluk yang mempunyai akal dan fikiran.Tapi ada juga manusia yang bertindak mengalahkan binatang.Membunuh,merogol dan merompak sana sini.Dasar homo sapiens tak guna.Ada satu kes yang melibatkan seorang lelaki dan seorang kanak kanak perempuan.Kanak kanak perempuan itu dirogol dan dibunuh.Engkau panggil engkau "homo sapiens" lagi kalau buat kerja pun macam celaka?

Engkau kata engkau makhluk yang paling pandai,tetapi bumi engkau sendiri engkau tak boleh jaga?Engkau lakukan pencemaran sana sini,potong hutan,potong pokok.Takpayah buat "earth hour" selama sejam kalau setiap hari selama 24 jam engkau tetap merosakkan bumi engkau sendiri.Dasar homo sapiens tak guna.

Engkau kata engkau adalah manusia yang mempunyai adab.Engkau pesan teh oh ais kepada tukang ambil pesanan tapi bila dia hantarkan pesanan engkau,engkau tak pernah cakap terima kasih kepada dia? Engkau cakap engkau jenis homo sapiens beradab?Dasar homo sapiens tak guna.

Engkau cakap engkau manusia yang mementingkan persahabatan.Tapi bila engkau jumpa kawan baru,engkau tinggalkan kawan lama engkau dengan senang lenang.Sudahlah engkau tinggal begitu sahaja,engkau siap buat cerita macam celaka.Engkau cakap engkau seorang teman yang jujur,tapi engkau berkawan hanya sebab kepentingan dan nama.Engkau ingat engkau homo sapiens yang bagus?Dasar homo sapiens tak guna.

Aku pernah melepak dengan seorang teman kepada teman aku yang aku tak berapa rapat.Aku hanya memakai sehelai baju band "bbq chicken" yang agak lusuh dan sehelai seluar dickies yang sedikit kotor.Mestilah aku pakai selipar,aku homo sapiens yang pandai menjaga kebersihan diri.Teman kepada teman aku itu memandang aku atas bawah,menengok aku dengan cara yang boleh buat aku rasa yang aku ni tak setaraf nak melepak dengan dia,bercakap acuh tak acuh apabila aku melontarkan soalan.Aku takde baju mahal mahal,rambut aku takboleh nak buat style style.Engkau cakap engkau homo sapiens yang tenang dan mesra alam?Aku hanya tenang dan mencarut "fuck you,fuck you" di dalam hati.Nak cakap depan depan,aku takut dia terasa.Aku homo sapiens yang pandai jaga hati orang lagi.

Sunday, January 5, 2014

Sms II

Aku belajar lagi.Duit ptptn aku tak ambil sebab tawaran dia bagi aku RM 3000.00 untuk 6 sem. Celaka,RM 500.00 satu sem buat benda?Satu sem bersamaan 6 bulan.Aku makan sehari pun 6-7 ringgit.Rokok pun aku dah tukar dari Winston kepada John.Engkau nak mampus jadi student hisap rokok RM 10.50?Abah aku setuju nak tanggung aku sebab aku seorang sahaja yang masih belajar.Yang lain dah berjaya masuk ke alam pekerjaan.Sebagai anak yang soleh,berkaliber,tak berkemampuan,aku hantar sms dekat mak aku nak minta duit bayar yuran,beli makwe,beli buku,beli bihun goreng dan benda benda yang diperlukan lagi.Engkau tengok?Aku bukan buat benda tak berfaedah.Bab nak minta duit ni,gua memang berdebar.Aku tarik nafas,aku buka telefon bimbit,aku taip sms.

"Mak,nanti suruh abah masuk duit sikit.bagi la lebih sikit.Saya ni seorang student yang sedang lapar dan tak berkemampuan"

Aku bukan jenis yang letak "hahaha" di setiap sms kerana aku seorang yang serius.Ya,serius.Kadang kadang aku jadi seorang yang genius dan seorang yang periang dan penyayang.Baik hati dan amanah juga antara sifat sifat aku.Pandai memasak dan pandai mengorat pun sama,ada dalam diri.Sopan santun je takde.Lama juga aku tunggu sms dibalas.Lagi bertambah berdebar aku ni kalau sms aku hantar dibalas lambat.

Lagu dendangan kumpulan Metallica bertajuk Battery berkumandang dari telefon bimbit aku menandakan sms masuk.Dengan terketar-ketar macam orang tak dapat hisap gam,aku buka sms tu.

"Ni abah ni.Bukan mak.Tak malu betul aok suruh mak pujuk abah nak duit lebih.Bihun goreng masak sendiri je la takyah beli"

Aku dengan tenang membalas "Assalamualaikum abah"

Hilang genius gua.Macam mana orang genius macam gua boleh gagal dalam bab hantar sms ni?

Thursday, January 2, 2014

Selimut

Aku tarik nafas.Aku hembus.Aku mempunyai perkara penting yang perlu aku lakukan hari ini.Pasukan aku mengharapkan aku sebagai tonggak utama sebagai penyerang paling berbisa yang mempunyai sentuhan semula jadi yang power di dalam pasukan bola sepak ni.Dengan memakai boot adidas,memakai jersi nombor 8 sebab mengikut jejak langkah Steven Gerrard,aku sudah bersedia menggalas tanggungjawab yang diberikan kepada aku daripada jurulatih,Cikgu Samad.Separuh masa kedua akan berjalan dalam beberapa minit sahaja lagi.Aku gementar juga.Apa lu orang ingat penyerang power  tak gementar?Lawan kami pada hari ini adalah pasukan kuat,pasukan bola sepak dari Norway.Wisel ditiupkan oleh pengadil,Mie Pungkor, menandakan separuh kedua sudah di mulakan.Pasukan aku mula menyerang.Lorongan cantik daripada Mohd Kamal kepada aku disudahi dengan jaringan.Pasukan aku mendahului 89 berbalas 8.Sedang aku melonjak kegembiraan kerana sudah menjaringkan gol yang ke-60 dalam satu perlawanan,aku mula menutup mata aku.Dahi aku berkerut.Muka aku ibarat dipancarkan satu cahaya yang sangat terang.Aku membuka mata.Aku nampak mak aku tengah membuka langsir bilik aku.Cahaya matahari jelas memancar tepat ke arah muka aku.

“Bawok bawok bangun la dari tidur tu.Dah pukul 12 dah ni.Nak jadi benda aok ni?Aok jangan mimpi la nak jadi pemain bolo kalau pukul 12 pun tidur lagi.”

Ahhh.Aku bermimpi rupanya.Walaubagaimanapun,di dunia realiti,aku masih seorang penyerang berbisa dalam permainan bola sepak.Aku bangun dari tidur,ambil sebatang rokok dan terus menuju ke pintu depan rumah aku.

“Ahhh,mana pulak lighter aku ni” aku bercakap sendirian seperti bercakap dengan jin.

Lighter sudah jumpa,aku cucuh rokok Winston aku yang tinggal sebatang.Aku dah tekad.Habis rokok sebatang ni,aku nak berhenti merokok.Tapi niat aku dibatalkan apabila aku masih ingat,rokok aku ada 3 batang lagi dalam kereta.Selesai menghisap rokok,aku pergi ke dapur.

“Masok benda mak?Lapo ni”

“Mok buat gulai lemok ayam.Ok?”

“Bereh mok”

Selesai perbualan ringkas,aku kembali ke bilik.Aku ambil komputer riba aku,aku hidupkan komputer aku.Apabila komputer aku sudah dihidupkan,aku cucuh rokok yang kedua.Sambil aku buka facebook,aku hisap rokok dengan tenang nya.Tiba tiba,aku ternampak sesuatu yang menarik perhatian aku.

“Perempuan mengandung apabila menggunakan selimut adik lelaki”

Celaka.Cerita macam ni pun ada?Berdekah aku gelak mula-mula aku tengok.Terus aku berfikir.Steady juga selimut ni.Mujur aku takde adik perempuan.Kalau tak,mampus juga kalau dia pinjam selimut aku.Aku juga berfikir.Selimut macam ni boleh dijadikan hantaran perkahwinan.

“Saya hanya mampu memberikan sekalung cinta dan kasih sayang serta selimut saya kepada awak”

Real,real.Budak-budak lelaki lepas ni mesti pergi keluar bandar sambil jerit “woi,siapa nak pinjam selimut aku?”.Power juga kalau aku berjalan dekat bandar.Jumpa makwe lawa,aku balut je dengan selimut aku terus.Mudah kerja orang kata.Kah kah kah kah kah!Orang yang hangat bercinta pun boleh ugut makwe dia dengan menggunakan selimut aku rasa.

“Awak ni kenapa mengada sangat ni?Kenapa banyak cakap sangat ni?Nak kena balut dengan selimut?Nak?”

Kah kah kah kah kah kah!


Hati Tisu

Orang kata hidup ni macam roda.

Bagi aku, hidup ni di ibaratkan kita buat bungee jump. Dalam beberapa saat je kau boleh jatuh. Down. Sekali kita sampai ke bawah, badan akan rasa seolah-olah direntap sedikit. Kuat. Tak, kita tak akan jejak ke tanah, sebab ada tali yang terikat dekat kaki kita. Tali tu yang membuatkan kita tergantung dan halang daripada jatuh mencium muka bumi. Tali tu jugalah yang buatkan kita selamat daripada peritnya luka jatuh dan seksanya menahan perit.

"Siapa tu?"

"Oh, tu kawan aku."
"Oh, member aku."

Ya, ini yang aku ibaratkan sebagai tali. Tak kira dengan siapa pun aku down, dengan siapa pun aku sentap, direntap mahupun ditatap (ya Tuhan kelakarnya), aku tetap cari yang ini. Setengah orang yang hangat bercinta, mesti letakkan pasangan di atas kawan-kawan. Betul. Aku pernah begitu suatu ketika dahulu.. Tapi, pengalaman mengajar aku. Bila kita terasa dengan pasangan kita, kawan-kawan juga kita cari, kan? Mungkin ada yang jenis suka berterus terang. Tapi bukan aku. Hehe. Apa-apa pun, momen paling indah bila kawan bawak keluar ayat.

"Weh, janganlah sedih."

Cukup. Ayat tu boleh buat aku tenang. Kawan-kawan lah backbone aku. Sampai aku bergelar isteri orang nanti, saat tu baru lah aku letakkan encik suami sebagai tulang belakang utama aku. Power betul guna encik suami. Geli tekak.

Aku tahu ada sekoq dua tiga member yang baca ni, sebab dah janji nak baca sebelum tidur kan! Aku nak cakap terima kasih ni dekat korang. Aku sayang korang ni, sayang.

Perenggan ni akak tujukan khas buat seorang rakan seperjuangan zaman-zaman letak lagu Alesana dekat profile Myspace, terima kasih sebab pandai buat aku ketawa bila aku down dan terima kasih sebab throwback gambar yang mana aku rasa nak maki tapi tak sampai sebenarnya. Kalau lu ada sebelah gua, gua gembat je. Lu memang terbaik. Macam gambar Hang Lekiu makan Skittles. Gua pun tak sangka lu bijak tenangkan gua yang hati tisu ni. Semoga kita pasola selamanya..

Yang cipta aku dan keluarga aku sudah tentu yang paling utama. Blog ni rata-rata orang Melayu baca, sebab tu kena cakap. Kalau tak nanti, kabo aku ni tak ingat ke Allah dan keluarga pulak. Hehe.

Mimpi Mainan Tidur,Tidur Suka Main Dengan Mimpi

Malam tadi adalah malam paling win sekali. Yay! Macam biasa, aku tertidur semasa menunggu lelaki Mexico yang berbadan sasa pulang dari gig dekat rumah orang. Dia kabau la, dia kabau. Aku bukan pernah pergi. Aku cuma tahu orang pergi gig ni mesti berpeluh. Mujur jejaka Mexico tadi dah sedia maklum yang aku ni jenis mudah tertidur. Gila, setiap nafas dan dengkuran semasa tidur adalah nikmat.

Disebalik dengkuran yang indah dan merdu macam Adele tengah membongkang lepas buat konsert tu, tiba-tiba je aku dah dalam van kunyit. Seorang diri. Van itu tengah bergerak dengan perlahan, di tengah-tengah kota metropolitan Dungun. Cuaca yang mendung ketika itu dan faktor tempat duduk aku di seat belakang sekali menyukarkanku untuk melihat muka pemandu van itu. Padu juga bahasa baku aku ni. Ya, aku dalam perjalanan nak pulang ke kolej. Cuti 2 minggu aku sudah habis. Aku biarkan saja van tu hantar aku. Nampak macam Abang Mie. Aku lega.

Dengan tenang aku sandarkan badan dan meletokkan kepala ke arah tingkap, menikmati angin laut sepanjang perjalanan. Penat bro dalam bas duduk je. Naik kematu bontot. Melaka ke Dungun memakan masa 8jam. Kalau bas rosak, 10jam. Okay, dah 15 minit perjalanan dalam van, tiba-tiba dahiku berkerut menandakan ada yang tak kena. Jalan yang aku lalu tu, tak pernah aku jumpa. Bukan jalan biasa yang aku lalu untuk pulang ke kampus. Jalan tu gelap, hutan kiri kanan sepanjang jalan. Tiada lampu jalan. Tiada kereta lain. Aku mula panik. Lahabau, dah "fefeeling" macam cerita hantu pulak.

Dengan nada tinggi aku menyoal lelaki tu, "Abang nak bawak saya pergi mana ni?! Ni bukan jalan nak ke U!"

Dalam kegelabahan, aku cuba cari jalan untuk keluar daripada van itu. Ahh! Aku duduk seat belakang sekali, takde pintu. Bencana ni, bencana. Lelaki tu memperlahankan van dan berhenti di bahu jalan. Sempat juga aku menjeling ke cermin rear-view, hanya nampak dia tu tersenyum sinis dan bengis. Dia membalas, "Aku dah lama perhatikan kau. Kau ni sebijik Barbara Palvin. Sekian lama aku tunggu, harini kau masuk juga perangkap aku."

Dalam hati aku berdetik, "Celaka, sah aku nak kena rogol ni. Sah". Lelaki itu turun daripada van. Aku masih tak nampak muka dia. Secara tiba-tiba, dengan kuasa beto yang aku ada, wujud sebuah pintu dekat seat belakang sekali tu. Aku terus melompat keluar. Power tak power. Aku terus berlari ke arah sebuah kedai runcit yang entah mana datang tengah-tengah hutan tu. Sambil aku berlari, aku sempat menoleh ke belakang. Risau kalau-kalau lelaki tadi kejar aku, tarik kaki aku. Risau.

Toleh punya toleh, jahanam. Pakcik aku! Patutlah suara macam kenal! Akhirnya, aku diselamatkan oleh abang di kedai itu. Ada adegan peluk-peluk ketakutan bersamanya, aku simpan kemas-kemas dalam hati. Beruntung abang tu dapat berpeluk dengan Barbara Palvin. Drama box office ni berakhir dengan aku tersedar jam empat pagi, dan beberapa ketul sms daripada jejaka Mexico mengadu dia penat.

Apa-apa pun, aku pelik. Celah mana pintu ajaib tu datang dalam van tu. Tapi, nama pun mimpi. Macam-macam boleh jadi dalam mimpi. Kalau dah namanya mimpi, babi pun boleh terbang. Kan? Pernah sekali aku mimpi tengah sedap-sedap borak dengan mak, tiba-tiba aku gigit telinga dia. Dah lah gigit, siap kunyah. Memang geli bila dengar, tapi apa boleh buat. Mimpi. Kahkah.

Lagi satu, untuk makluman, van kunyit ni adalah sejenis van sekolah berwarna kunyit yang engkorang selalu tengok tu. Kunyit bukan warna ungu tau. Siapa yang pergi bayang kunyit warna ungu, meh sini akak test power penumbuk akak dekat muka ko. Keadaan van ni kebanyakkannya seperti 'hidup segan, mati pun segan'. Di Dungun, sebuah negeri yang kaya dengan ikan goreng tepung dan bijih timah, van ni digunakan untuk mengangkut pelajar-pelajar UiTM kemana jua mereka nak tuju. Kesanakemarikemanajua.


Nota kepada diri sendiri; Aku akan juhkan diri bila berjumpa dengan pakcik aku yang tu. Sungguh. Nama dia Pakcik Abu. Ok.