Aku belajar lagi.Duit ptptn aku tak ambil sebab tawaran dia bagi aku RM 3000.00 untuk 6 sem. Celaka,RM 500.00 satu sem buat benda?Satu sem bersamaan 6 bulan.Aku makan sehari pun 6-7 ringgit.Rokok pun aku dah tukar dari Winston kepada John.Engkau nak mampus jadi student hisap rokok RM 10.50?Abah aku setuju nak tanggung aku sebab aku seorang sahaja yang masih belajar.Yang lain dah berjaya masuk ke alam pekerjaan.Sebagai anak yang soleh,berkaliber,tak berkemampuan,aku hantar sms dekat mak aku nak minta duit bayar yuran,beli makwe,beli buku,beli bihun goreng dan benda benda yang diperlukan lagi.Engkau tengok?Aku bukan buat benda tak berfaedah.Bab nak minta duit ni,gua memang berdebar.Aku tarik nafas,aku buka telefon bimbit,aku taip sms.
"Mak,nanti suruh abah masuk duit sikit.bagi la lebih sikit.Saya ni seorang student yang sedang lapar dan tak berkemampuan"
Aku bukan jenis yang letak "hahaha" di setiap sms kerana aku seorang yang serius.Ya,serius.Kadang kadang aku jadi seorang yang genius dan seorang yang periang dan penyayang.Baik hati dan amanah juga antara sifat sifat aku.Pandai memasak dan pandai mengorat pun sama,ada dalam diri.Sopan santun je takde.Lama juga aku tunggu sms dibalas.Lagi bertambah berdebar aku ni kalau sms aku hantar dibalas lambat.
Lagu dendangan kumpulan Metallica bertajuk Battery berkumandang dari telefon bimbit aku menandakan sms masuk.Dengan terketar-ketar macam orang tak dapat hisap gam,aku buka sms tu.
"Ni abah ni.Bukan mak.Tak malu betul aok suruh mak pujuk abah nak duit lebih.Bihun goreng masak sendiri je la takyah beli"
Aku dengan tenang membalas "Assalamualaikum abah"
Hilang genius gua.Macam mana orang genius macam gua boleh gagal dalam bab hantar sms ni?
No comments:
Post a Comment