Wednesday, January 15, 2014

Kawan Atau Lawan

Shamsul,seorang lelaki kurus,berambut kerinting,dan mempunyai dua gigi taring,sedang menikmati sepinggan mee goreng mamak ayam di restoran Mustapha.Mee goreng mamak di restoran ni memang cempien.Tahap kepedasannya yang biasa biasa aja,ayam goreng yang mantap lagi menghairahkan serta tauhu yang empuk membuatkan Shamsul amat menggilakannya.Shamsul sedang menjamu sarapan pagi nya pada pukul 5.00 petang.Ya,sarapan pagi pada pukul 5.00 petang adalah perkara biasa baginya.Seperti biasa,Shamsul ditemani oleh kutu-kutu yang sudah dikenali sejak dari kecil,Rozai,Pais dan Hisya.Shamsul dan Rozai sedang khusyuk dengan mee goreng mamaknya manakala Hisya dan Pais seperti biasa,memuja telefon bimbit masing masing.Sudah habis makanan,Shamsul mencucuh rokok.Tabiat selepas makannya yang sangat susah untuk dibuang adalah menghisap rokok.

“Aok ni,lepas makan hisap rokok.Cuba aok rilek,tenang dulu”

“Dah aok nak suruh aku hisap benda lepas makan?Hisap Lana Nordin?”

Serius juga Shamsul melontarkan soalan kepada Hisya.Hisya terdiam dan kemudian gelak sambil berkata “bodoh”.Pais macam biasa,tekun melihat gambar di dalam instagram yang berkaitan dengan seni.Rozai menghabiskan sisa sisa mee goreng mamak di dalam pinggannya dan kemudian mengikuti jejak langkah Shamsul dengan menghisap rokok.

“Betul jugek,lepas makan takkan nak hisap Lana Nordin dakk?Puas nak bakor guna lighter”

Masing masing mengukir senyuman di bibir.Keadaan menjadi sepi buat seketika waktu.Masing masing menikmati suasana petang.

“Banyak dah kereta di Jerantut ni.Benci pulok aku nok bawok kereta.Asyik jamm je kalau di bando”kata Pais.

“Aok takyoh nok berborok la,aok kawan dengan handphone je sampai mati”

Pais juga terdiam dan kemudian dengan tenang dia berkata “Fuck you.Mujur handphone ni takboleh ajak berborok.Ingat aku suka berborok dengan deme?”.

Masing-masing mengeluarkan tertawa yang kecil.Secara tiba tiba,Shamsul melontarkan soalan.

“Aku nak tanya deme,dalam dunia ni,deme rasa ada berapa jenis kawan?”

Keadaan menjadi serius.Masing masing memikirkan jawapan yang hendak diberikan kepada Shamsul.Hisya menggunakan Iphone 5s,mencari maklumat di dalam internet.Bodoh juga tindakan dia sebenarnya.

“Apahal aok ni?Serius sangat soalannya.”tanya Rozai.

“Hehehe,aku tanya je,sebab terpikir sokmo”jawab Shamsul.

“Pada aku la,kawan ni ada dua je.Yang pukimak dengan yang tak pukimak.Aku bagi aok contoh la,kawan yang pukimak ni dia kuat tikam belakang aok.Ibarat aok suruh dia bungkus mee goreng mamak ayam kedai mustapa,tapi dalam perjalanan nok hantor ke aok,dia bedal makan mee aok sampai separuh.Dahlah bedal mee aok,dia ludah pulak dalam mee aok.Ibarat la.Kalau kawan yang tak pukimak ni,ibarat aok suruh bungkus mee goreng mamak tapi dia hantor ke aok mee goreng mamak aok tanpa disentuh.Siap tamboh telur mata kerbau lagi”jawab Hisya.

Hisya dengan tenang melontarkan pandangannya.Shamsul mengangguk kepala tanda setuju.

“Padu jugek contoh aok.Kalau aok Pais?”Tanya Shamsul.

“Kalau keh,kawan kawan yang tak best macam aok la Shamsul.Kah kah kah kah!”jawab Pais dalam loghat Pahang.

“Bodo aok la.Aku bapok bestnya”.Shamsul menjawab dengan gelak tawa.

“Bagi keh,kawan kawan ni semua sama je.Memang kadang kadang yang ada jugek kawan kawan yang macam gampang,nak buat macam mana,kawan jugek tu.Tapi seelok-eloknya,deme janganlah jadi kawan yang macam gampang.Keh pernoh jumpa kawan yang jenis gampang.Mulut memang macam celaka,tak pernoh nok jaga hati kawan.Kawan yang merembat barang kawan kawan sendiri,rembat makwe kawan kawan,kawan dengan orang untuk kepentingan sendiri,ni semua jenis gampang.Kawan yang tak gampang macam keh la.Hati murni.Kah kah kah kah”jawab Rozai serupa gampang.

“Pada pandangan aku pulok,kawan ni banyak jenis.Kawan baik,kawan sehidup semati,kawan yang susah senang bersama.Aku pernoh jumpa kawan yang memang gred A.Dia akan tolong aok kalau aok susoh.Memang gred A.Memang kadang-kadang ada kawan yang serupa celaka.Tapi nak tak nak,kita kena hadap jugek dakk?”jelas Shamsul.

Begitu serius perbincangan Shamsul dengan kutu-kutunya.Apabila sudah habis air dan rokok sebanyak 21 batang,mereka menuju ke kaunter untuk membayar makanan dan minuman.Tiba-tiba Pais berkata.

“Saat macam ni la deme nak menunjukkan yang deme ni bukan kawan yang gampang.”

“Apahal pulok?”tanya Hisya.

“Saat macam ni la deme kena menunjukkan yang deme ni bukan kawan yang gampang sebab deme kena berebut siapa nok bayor makan minum aku sebab aku terlupa bawok duit ni.Kah kah kah”


Pais memang gampang.

No comments:

Post a Comment