Aku tarik nafas.Aku hembus.Aku mempunyai perkara penting
yang perlu aku lakukan hari ini.Pasukan aku mengharapkan aku sebagai tonggak
utama sebagai penyerang paling berbisa yang mempunyai sentuhan semula jadi yang
power di dalam pasukan bola sepak ni.Dengan memakai boot adidas,memakai jersi
nombor 8 sebab mengikut jejak langkah Steven Gerrard,aku sudah bersedia
menggalas tanggungjawab yang diberikan kepada aku daripada jurulatih,Cikgu
Samad.Separuh masa kedua akan berjalan dalam beberapa minit sahaja lagi.Aku
gementar juga.Apa lu orang ingat penyerang power tak gementar?Lawan kami pada hari ini adalah
pasukan kuat,pasukan bola sepak dari Norway.Wisel ditiupkan oleh pengadil,Mie Pungkor, menandakan separuh kedua sudah di mulakan.Pasukan aku mula menyerang.Lorongan
cantik daripada Mohd Kamal kepada aku disudahi dengan jaringan.Pasukan aku
mendahului 89 berbalas 8.Sedang aku melonjak kegembiraan kerana sudah
menjaringkan gol yang ke-60 dalam satu perlawanan,aku mula menutup mata
aku.Dahi aku berkerut.Muka aku ibarat dipancarkan satu cahaya yang sangat
terang.Aku membuka mata.Aku nampak mak aku tengah membuka langsir bilik
aku.Cahaya matahari jelas memancar tepat ke arah muka aku.
“Bawok bawok bangun la dari tidur tu.Dah pukul 12 dah ni.Nak
jadi benda aok ni?Aok jangan mimpi la nak jadi pemain bolo kalau pukul 12 pun
tidur lagi.”
Ahhh.Aku bermimpi rupanya.Walaubagaimanapun,di dunia
realiti,aku masih seorang penyerang berbisa dalam permainan bola sepak.Aku
bangun dari tidur,ambil sebatang rokok dan terus menuju ke pintu depan rumah
aku.
“Ahhh,mana pulak lighter aku ni” aku bercakap sendirian
seperti bercakap dengan jin.
Lighter sudah jumpa,aku cucuh rokok Winston aku yang tinggal
sebatang.Aku dah tekad.Habis rokok sebatang ni,aku nak berhenti merokok.Tapi
niat aku dibatalkan apabila aku masih ingat,rokok aku ada 3 batang lagi dalam
kereta.Selesai menghisap rokok,aku pergi ke dapur.
“Masok benda mak?Lapo ni”
“Mok buat gulai lemok ayam.Ok?”
“Bereh mok”
Selesai perbualan ringkas,aku kembali ke bilik.Aku ambil komputer
riba aku,aku hidupkan komputer aku.Apabila komputer aku sudah dihidupkan,aku
cucuh rokok yang kedua.Sambil aku buka facebook,aku hisap rokok dengan tenang
nya.Tiba tiba,aku ternampak sesuatu yang menarik perhatian aku.
“Perempuan mengandung apabila menggunakan selimut adik
lelaki”
Celaka.Cerita macam ni pun ada?Berdekah aku gelak mula-mula
aku tengok.Terus aku berfikir.Steady juga selimut ni.Mujur aku takde adik
perempuan.Kalau tak,mampus juga kalau dia pinjam selimut aku.Aku juga
berfikir.Selimut macam ni boleh dijadikan hantaran perkahwinan.
“Saya hanya mampu memberikan sekalung cinta dan kasih sayang
serta selimut saya kepada awak”
Real,real.Budak-budak lelaki lepas ni mesti pergi keluar
bandar sambil jerit “woi,siapa nak pinjam selimut aku?”.Power juga kalau aku
berjalan dekat bandar.Jumpa makwe lawa,aku balut je dengan selimut aku
terus.Mudah kerja orang kata.Kah kah kah kah kah!Orang yang hangat bercinta pun
boleh ugut makwe dia dengan menggunakan selimut aku rasa.
“Awak ni kenapa mengada sangat ni?Kenapa banyak cakap sangat
ni?Nak kena balut dengan selimut?Nak?”
Kah kah kah kah kah kah!
No comments:
Post a Comment