Friday, December 27, 2013

1994

18 Mei 1994 lahirlah seorang  power, bergaya, kacak, handsome dan semua kata-kata kebaikkan.Walaupun tahun lahir dah mencecah tahun 90-an,dia tidak peduli.Ya,dia baru berumur 20 tahun ketika tahun 2014.Muda.Dahlah muda,power pula tu.Meminati pasukan bola sepak Liverpool ketika berumur 8 tahun dan bertambah minat Liverpool apabila Liverpool memenangi piala eropah pada tahun 2005 dengan penuh kehebatan.Liverpool pasukan kuat tahu?Mempunyai ijazah dalam pertuturan bahasa asing seperti bahasa Mexico,Venezuela dan beberapa negara latin lagi.Asalkan latin,mesti boleh.Dilahirkan di Copenhagen,Denmark pada musim luruh.Orang-orang tua di Denmark pernah berpesan kepada mak ayah dia

“Oraa yang lahir dalam musim luruh ni,oraa yaa power.Aok dengan bini aok memaa beruntung.Silak-silak hari bulan,anok aok ada kose sakti” kata pakcik kepada Daniel Agger kepada ibu bapa beliau.Siapa Daniel Agger?Pemain pertahanan Liverpool paling power.


Ya,orang Denmark pun boleh bertutur dalam loghat Pahang.Celakeeee betul orang Denmark ni.Sewaktu di darjah 3,tangan kirinya patah ketika bermain bola di posisi wing kanan.Betapa lajunya dia sehingga dia terpaksa ditakcle oleh kawan sendiri sehingga patah tangan kirinya.Di dalam scene bola sepak padang di Denmark,beliau pernah menyandang beberapa gelaran seperti “The Next Steven Gerrard” dan “Jelmaan Ian Rush”.Betapa hebatnya dia.Semenjak dari itu,dia tidak reti bermain bola sepak padang,tetapi cubalah main futsal dengan dia.Pemain pemain futsal Brazil belum tentu mahu berentap dalam satu gelanggang dengan beliau.Beliau pernah dinobatkan sebagai calon Ballon D’Or bersama-sama pemain-pemain handalan yang lain. Tetapi beliau tolak percalonan itu dengan baik kepada FIFA.Pernah dinobatkan sebagai penulis buku NILAM terbaik ketika di zaman sekolah rendah.Beliau jugak pernah menyandang gelaran pemain guitar terbaik di Norway dan juga salah seorang bekas ahli kumpulan Sepultura.Beliau dengan Max Cavalera macam adik beradik.Lagu Troops Of Dooms yang didendangkan oleh Sepultura tu,beliau la yang buat.Beliau juga mempunyai aspek aspek sebagai belia yang berjaya.Pernah didakwa atas tuduhan meraba wanita gila tetapi tuduhan digugurkan atas sebab rasuah.Dahlah.Aku penat menipu ni.

No comments:

Post a Comment